Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar

Diterbitkan Julai 27, 2018 oleh Haikel Areff

Kira-kira dua minggu sebelum acara perkenalan Samsung Galaxy Note 9 yang akan diadakan di New York, Samsung telah mengeluarkan satu video acah bagi menarik minat pengguna terhadap peranti berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=7&v=Y-37lkw_uaQ

Kredit : Samsung@Youtube

Video acah tersebut memaparkan seorang pengguna yang terpaksa memadam beberapa fungsi bagi mengurangkan penggunaan bateri perantinya yang sedang lemah. Bagaimanapun, segala usahanya adalah sia-sia sahaja.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Galaxy Note 9 nanti akan hadir dengan bateri berkapasiti besar bagi memberi lebih masa penggunaan kepada pemiliknya. Untuk rekod, Galaxy Note 8 menggunakan bateri berkapasiti 3,300 mAh.

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar

Samsung telah melakukan satu tugas yang baik dalam memberi keterujaan kepada peminat dalam menunggu kehadiran peranti ini. Mereka nampaknya semakin serius dalam usaha mengatasi peranti iPhone 2018 yang akan diperkenalkan pada suku akhir tahun ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY