Perkara itu menjadi tular apabila beberapa pengendali perkhidmatan mudah alih negara tersebut mendakwa peranti berikut akan tersedia di kedai-kedai mereka bermula daripada 24 Ogos ini. Malah, terdapat pengendali yang mengumumkan bahawa mereka akan mula membuka pra-tempahan bagi Note 9 ini 10 hari sebelum ia dilancarkan.
Kredit : Samsung
Bagaimanapun, Samsung menerusi pegawai kanannya telah mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan dipertontonkan kepada umum buat pertama kali di New York pada 9 Ogos nanti. Mereka berharap agar peranti ini akan menjadi pencabar yang kuat kepada model iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini.
Galaxy Note 9 akan hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci, cip Snapdragon 845, dwi-kamera utama dengan gabungan lensa 12MP+12MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 4,000mAh. Namun, peranti ini mungkin tidak akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Samsung sebelum ini telah menegaskan bahawa mereka akan membawa beberapa pembaharuan terhadap teknologi S-Pen pada keluaran kali ini. Antaranya ialah ia dapat berfungsi sebagai alat kawalan untuk Samsung TV dan juga boleh digunakan untuk mengawal kamera peranti dari jarak jauh.
Mereka dikatakan terpaksa melancarkan Galaxy Note 9 ini lebih awal selepas sambutan yang kurang menggalakkan pada peranti Galaxy S9. Walaupun Samsung belum mengumumkan harga bagi peranti ini, pakar industri menganggarkan Samsung Note 9 akan dijual pada harga sekitar $ 900 - $ 1000 (~RM 3,940 - RM 4,040).
Sumber
Berkaitan
- Samsung Membayangkan Harga Telefon Boleh Lipat Mereka Tidak Mesra-Poket
- Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Menjadualkan Acara Rasmi Untuk MWC 2019 Pada 24 Februari
- OPPO F11 Pro Avengers Edition Kini Mendarat Di Malaysia, Harga Jualan RM1,399
- Kemaskini Terbaru Aplikasi Samsung Smart View Menjadikannya Seperti Google Chromecast
- CEO Samsung Sahkan Galaxy S10 Bukan Peranti Pertama Dengan Sokongan Rangkaian 5G
- Samsung Menafikan Laporan Mahu Menjual Semula Galaxy Note 7 ke Pasaran
- Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini
- Samsung Sahkan Kemaskini Tizen 3.0 untuk Gear S3
- Lagi Maklumat Berkenaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Majlis Pelancaran