Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X

Peranti yang pantas dan berkuasa sering menjadi idaman semua pemilik telefon pintar hari ini. Akan tetapi, tahap prestasi yang tinggi biasanya akan hadir dengan harga yang tinggi. Seperti yang didakwa oleh TheUnlockr, iPhone X adalah merupakan salah satu antara lima peranti terpantas yang ada di pasaran ketika ini.

Bagaimanapun, peranti Apple itu dijangka akan ditendang keluar daripada senarai berkenaan apabila Samsung Galaxy Note 9 diperkenalkan secara rasmi kelak. Ini kerana, menurut kiriman yang dikeluarkan oleh GeekBench, peranti Samsung tersebut telah menerima skor yang lebih tinggi berbanding iPhone X.


Kredit : GeekBench


Dalam penyeneraian tersebut, Galaxy Note 9 telah menerima skor sebanyak 4089 untuk teras tunggal dan 12,246 untuk multi-teras. Ini adalah lebih baik berbanding skor yang diperoleh oleh peranti iPhone X iaitu 4,268(teras tunggal) dan 9,688(multi-teras).

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila laporan tersebut menyenaraikan memori cuma 4GB untuk peranti ini. Sekiranya laporan ini tepat, ini bermakna Samsung mungkin akan menggunakan sistem cip Exynos 9820 dan bukan Exynos 9810 seperti yang dilaporkan sebelum ini.



Malah ia juga akan menjadi siri Note dan S pertama yang akan menggunakan cip berbeza. Untuk rekod, sebelum ini peranti siri Note dan S akan menggunakan cip yang sama sebagai contoh, Galaxy Note 8 dan S8 kedua-duanya menggunakan sistem cip Exynos 8895.

Berita berkenaan perkara ini juga menimbulkan persoalan sama ada peranti Galaxy Note 9 akan mempunyai versi Exynos 9810 untuk sebahagian pasaran atau tidak sama sekali. Untuk pengetahuan anda, Galaxy Note 9 bagi pasaran US dan China dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 845.

Sumber