Samsung Galaxy Note 9 "Dibedah", Memperlihatkan Sistem Penyejukan Berbeza Daripada Galaxy Note 8

Usia Samsung Galaxy Note 9 baru sahaja mencecah 3 hari selepas diperkenalkan pada lewat malam Jumaat lepas. Edisi kali ini, Samsung memberikan naik taraf yang agak besar terutama sekali dibahagian bateri, storan dan juga S-Pen.

Kebanyakkan pihak berpendapat Galaxy Note 9 membawakan rekaan luar hampir sama seperti Galaxy Note 8, kecuali kedudukan pengimbas cap jari Galaxy Note 9 yang kini berada dibawah lensa kamera.



Walaupun diletakkan pada nilai jualan yang agak premium, itu tidak menjadi penghalang kepada sebuah laman Rusia dari melakukan "bedah siasat" keatas Samsung Galaxy Note 9 serta Samsung Galaxy Note 8.

Kapsyen: Kiri Galaxy Note 8, kanan Galaxy Note 9


Oleh kerana Note 9 menawarkan bateri yang besar, ia mengambil sedikit ruang didalam peranti dan Samsung mengambil langkah mengecilkan beberapa komponen lain.



Ruang simpanan S-Pen kelihatan lebih kukuh. Port USB-C pula tidak bersambung dengan papan induk, memudahkan proses penggantian dikemudian hari.

Papan induk Note 9 bersaiz kecil sementara pembesar suara lebih besar berbanding Note 8.





Turut diperlihatkan adalah sistem penyejukan, kepingan tembaga bersaiz besar, berbeza dengan Note 8 dilengkapi dengan saluran tembaga.



Cip pemprosesan yang beroperasi akan mengeluarkan haba dan jika terlalu panas, kelajuannya akan dikurangkan memberi kesan kepada prestasi. Tetapi dengan kehadiran plat tembaga bersaiz besar itu, Galaxy Note 9 mampu beraksi pada prestasi yang baik.

Walaupun rekaan luarannya sama seperti model terdahulu, dalaman Note 9 dihuni dengan komponen yang lebih baik. Kos baik pulih komponen juga dikatakan lebih murah.

Sumber: Hi Tech Mail