Samsung Galaxy J7 Pro Dan J7 Max Telah Selamat Diperkenalkan

Samsung baru-baru ini mengeluarkan model terbaru peranti telefon pintar yang mensasarkan kategori pertengahan dengan pengkhususan terhadap sosial media dan selfie.

Peranti ini akan menjadi pilihan kepada mereka yang menganggap sosial media sebagai sebahagian daripada hidup mereka dan mahukan satu peranti yang membantu mereka dalam mengakses dan berkongsi dalam rangkaian tanpa menelan bajet yang besar.

Samsung Galaxy J7 Pro dan J7 nama diberi untuk memenuhi permintaan di atas.

Kedua-dua peranti itu dilengkapi dengan kamera depan dan belakang 13-MP dengan flash. Ya.. Kamera depan dengan flash..

Peranti tersebut juga mempunyai fungsi kamera  untuk tujuan sosial media yang memudahkan tujuan perkongsian di platform sosial media.

Pengguna boleh memilih kenalan mereka sendiri untuk berkongsi terus tanpa prosedur biasa.

Live stickers juga terbina di dalam aplikasi kamera tersebut.



Spesifikasi Samsung Galaxy J7 Pro

  • Cip pemprosesan Exynos 7870

  • 3 GB RAM

  • 64 GB ROM

  • Paparan 5.5 inci Super AMOLED

  • Bateri berkapisiti 3,600 mAh

  • RM 1,400




Spesifikasi Samsung Galaxy J7 Max

  • Cip pemprosesan MediaTek Helio P20

  • 4 GB RAM

  • 64 GB ROM

  • Paparan 5.7 inci IPS Full HD

  • Bateri berkapisiti 3,300 mAh

  • RM 1,200


Sumber