Samsung Galaxy J2 (2018) Sudah Mula Dipaparkan Pada Laman Web Rasmi Samsung

Disebut sebagai telefon pintar kelas permulaan, Samsung Galaxy J2 (2018) dilaporkan sudah mula dipaparkan pada halaman web rasmi Samsung Rusia.

Walaubagaimanapun, peranti ini masih belum lagi dilancarkan secara rasmi oleh pihak pengeluar tetapi kita boleh membayangkan bahawa pengumumannya bakal dibuat tidak lama lagi.



Dari segi spesifikasi yang diwar-warkan sebelum ini, Samsung Galaxy J2 (2018) menampilkan skrin 5 inci (540×960p) Super AMOLED, Snapdragon 425, RAM 1.5GB, ruang memori 15GB, kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.

Dibahagian kuasa pula ia menggunakan bateri berkapasiti 2600mAh dan menjalankan sistem operasi Android Nougat 7.1.1.



Sumber: Samsung Rusia