Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat penyedia-penyedia sambungan internet mula meningkatkan kelajuan rangkaian disusuli penurunan harga pelan.
Hal ini selari dengan kenyataan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B Gobing Singh Deo, akses internet adalah hak setiap rakyat.
Walaupunbegitu, menurut CFM, pihak mereka masih mendapat aduan serta rungutan daripada pengguna menerusi media sosial dan portal aduan. Antara yang mengecewakan para pengguna adalah dari segi harga pelan dan juga amat amalan tidak adil mengenai perkhidmatan jalur lebar tetap.
Lanjutan daripada itu, CFM telah mengadakan undian secara dalam talian. Antara soalan yang diajukan dalam undian kaji selidik tersebut adalah;
- Apakah jenis internet yang menjadi pilihan anda?
- Berapakah harga internet bulanan yang sedang anda langgani sekarang?
- Adakah anda berpuas hati dengan kelajuan internet anda sekarang?
- Harga Pakej Ideal ‘Home Internet’ pilihan anda?
Hasil undian menunjukkan 67.5% pengguna memilih pakej internet jalur lebar tetap dengan kuota tanpa had pada kelajuan 100Mbps bagi harga RM89 sebagai pakej ideal yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Sementara itu, 50.8% pengguna sedia ada melanggan pelan internet berharga RM100 hingga RM200. Pengguna yang tidak berpuas hati dengan kelajuan internet pula adalah sebanyak 85.5%.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, rakyat Malaysia masih menaruh harapan yang tinggi dalam mendapatkan sambungan rangkaian yang lebih pantas disamping langgan yang berpatutan.