Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10

Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10

Diterbitkan Julai 16, 2019 · Dikemas kini Julai 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Langkah sekatan eksport oleh Jepun keatas Korea Selatan yang membabitkan beberapa bahan penting dalam pembuatan telefon pintar telah berjalan sejak beberapa minggu lalu.

Lanjutan daripada sekatan tersebut, ia dilaporkan mungkin memberi kesan terhadap pengeluaran Samsung Galaxy Note 10 yang mana pelancarannya telah dijadualkan pada 7 Ogos hadapan.

Antara bahan terlibat adalah fluorinated polyimide, polyimide resists, dan hydrogen fluoride, dimana ketiga-tiga ini sangat penting bagi Samsung dalam pembuatan komponen telefon pintar seperti skrin SuperAMOLED.

Menggarap laporan daripada media Korea Selatan, penghasilan cip pemprosesan Exynos 9825 telah dikurangkan sebanyak 10% ekoran daripada sekatan eksport tersebut dan cip ini merupakan komponen yang akan digunakan pada siri Galaxy Note akan datang.

Samsung menyatakan acara pelancaran akan dilangsungkan seperti yang telah dirancang tetapi tidak mendedahkan lagi tentang tarikh rasmi penawaran. Penganalisis daripada Daishin sekuriti berpendapat larangan perdagangan yang berjalan ini akan memberi kesan negatif kepada industri bahan Jepun disebabkan kebanyakkan syarikat teknologi Korea adalah pelanggan terbesar mereka.

Sumber: The Investor via SlashGear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY