Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Dari 1.7 Juta Dekoder MyTV Telah Diagihkan Kepada Golongan B40 Yang Layak

Lebih Dari 1.7 Juta Dekoder MyTV Telah Diagihkan Kepada Golongan B40 Yang Layak

Diterbitkan April 2, 2019 · Dikemas kini April 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada persidangan parlimen sesi pagi hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah menyatakan sebanyak dua juta dekoder MyTV telah diagihkan kepada pengguna  B40 yang layak, setakat 30 Mac 2019.

Sebahagian besar (1,651,333) yang diagihkan adalah dekoder DTT (Televisyen Digital Terestrial) dan selebihnya (24,482 ) adalah dekoder DTH (Direct-To-Home) daripada 2 juta unit yang diperuntukkan.

Turut dimaklumkan adalah status projek pendigitalan MyTV, ia dikatakan sedang berjalan lancar dimana liputan siaran digital (DTT) telah mencapai 98% kawasan berpenduduk.

Sementara itu, bagi meliputi kawasan-kawasan terlindung diseluruh Malaysia, MyTV menyediakan perkhidmatan siaran satelit (DTH). Mengenai status rundingan antara TM dan MyTV berkenaan isu-isu komersial telah pun diselesaikan pada 30 November tahun lalu ujar YB Gobind Singh Deo pada sidang parlimen hari ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY