Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Akan Bangunkan Pelayar Web Berasaskan Chromium Bagi Menggantikan Edge

Microsoft Akan Bangunkan Pelayar Web Berasaskan Chromium Bagi Menggantikan Edge

Diterbitkan Disember 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kebanyakkan komputer mahupun laptop dipasaran menggunakan sistem operasi yang dikuasakan oleh Microsoft. Walaupunbegitu, pelayar web yang tersedia didalamnya bukanlah pilihan sebilangan besar pengguna.

Microsoft Edge telah diperkenalkan tiga tahun yang lepas dengan ciri yang lebih baik berbanding daripada apa yang ditawarkan dalam Internet Explorer namun, pengguna lebih terarah memilih Google Chrome.

Mengutip laporan dari Windows Central, Microsoft berada diperingkat awal untuk membangunkan sebuah pelayar web berasaskan Chromium untuk terus bersaing dengan pelayar web lain.

Dipanggil dengan nama kod “Anaheim” ia belum dapat dipastikan lagi sama ada ia akan menggunakan jenama Edge atau dijenamakan semula dengan nama lain.

Laporan juga menyebut, kehadiran Anaheim bakal menyelesaikan isu-isu prestasi dan ketidakstabilan yang ada pada Edge.

Banyak lagi informasi yang belum didedahkan oleh Microsoft mengenai Anaheim dan sebagai pengguna, adakah anda akan merindui Edge? Kongsikan pengalaman penggunaan diruangan komen.

Sumber: Windows Central

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY