Untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu, Samsung dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat dari Jepun dan perbincangan itu adalah mengenai bateri yang bakal diguna pakai pada Galaxy S8. Perbincangan antara Samsung dan Murata Manufacturing itu telah dilaporkan oleh Reuters pada Khamis (2 Februari 2017) yang lepas.
Selain itu, Samsung juga bakal menjalankan ujian baru yang dikenali sebagai 8-Point Battery Safety Check Test untuk setiap keluaran telefon pintar pada masa akan datang. Sebelum ini, Samsung menggunakan bateri yang dihasilkan dari dua buah syarikat pengeluar; Samsung SDI iaitu anak syarikat Samsung dan Amperex Technology, syarikat dari China. Jika perbincangan dengan Murata Manufacturing itu berjalan dengan baik, syarikat dari Jepun itu bakal menggantikan Amperex Technology dalam menghasilkan bateri Galaxy S8.
Samsung dan Murata masih belum mengeluarkan apa-apa maklum balas mengenai perkara ini.
Sumber: Reuters, Android Authority
Berkaitan
- Lenovo Yoga C630 - Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam
- OPPO Failkan Tanda Dagang "Find Z", Membayangkan Pengganti Find X
- Nex.life Mula Kembangkan Penawarannya Ke Lembah Klang
- Cuba Anda Bayangkan iPhone Dijadikan Sebagai Pad Sesentuh Macbook
- realme Malaysia Hadiahkan Telefon Kepada Adik Umar
- ASUS VivoBook Sudah Mula Ditawarkan Pada Harga RM2899
- Kod Tersembunyi Bagi Telefon Android Anda
- Fakta Menarik Hari Ini
- Xperia 1R Mungkin Jadi Telefon Pintar Pertama Menyokong Paparan 5K
- Android Q Bakal Dikenali Sebagai Android 10