Samsung Galaxy Fold Diumumkan, Bakal Dipasarkan Pada Harga Tidak Masuk Akal

Samsung akhirnya memperkenalkan secara rasmi telefon boleh lipat mereka, Galaxy Fold dalam acara Samsung Unpacked pagi tadi.

Malah, peranti ini telah mendahului siri Samsung Galaxy S10 apabila diumumkan terlebih dahulu pada majlis berkenaan.

Kapsyen: SAMSUNG


Galaxy Fold ini mempunyai saiz paparan sebesar 7.3-inci Infinity Flex apabila dibuka, namun ia berubah menjadi sebuah telefon dengan saiz paparan 4.6-inci apabila dilipat.

Kapsyen: SAMSUNG


Seperti dijangka, ia akan disokong dengan perkakasan berkuasa tinggi seperti cip pemprosesan terkini 7nm Snapdragon 855, sokongan memori sebesar 12GB RAM serta simpanan dalaman 512GB.

Ia akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,380mAh yang turut menyokong pengecasan tanpa wayar. Galaxy Fold ini juga mempunyai sensor imbasan cap jari yang dipasang di bahagian sisi peranti.

Malah, tetapan kamera peranti ini juga tidak kurang hebatnya. Secara keseluruhan, ia mempunyai 6 kamera.

  • Tri-kamera utama - 16MP ultra-lebar+12MP sudut lebar+12MP telefoto

  • Dwi-kamera hadapan - 10MP+8MP

  • Lensa tunggal di bahagian luar - 10MP


Akan tetapi, anda mungkin berfikir dua kali untuk mendapatkan peranti ini apabila dilancarkan pada suku kedua 2019 nanti.

Kapsyen: SAMSUNG


Ia kerana Galaxy Fold ini akan ditawarkan pada harga $1,980 yang mana jika ditukarkan secara langsung kepada Ringgit Malaysia adalah berharga RM8,064.

Kapsyen: SAMSUNG


Walaupun pasti akan ada perubahan pada harga tawaran di Malaysia nanti, kami berpendapat sesebuah telefon pintar tidak sepatutnya melebihi tanda harga RM6,000 pada ketika ini.

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pandangan anda kepada kami di ruangan komen.

 

Sumber: SAMSUNG