Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G

Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G

Diterbitkan September 23, 2020 oleh Meor Hasyim

Pada awal bulan ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy A42 5G sebagai telefon 5G paling mampu milik mereka. Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak berkongsi dengan lebih lanjut cip apakah yang digunakan pada telefon itu.

Hari ini laman DeaIntech telah melaporkan bahawa cip yang digunakan oleh telefon ini adalah Snapdragon 750G.

Ini adalah kerana maklumat dari sumber kod yang dikongsikan adalah serupa dengan spesifikasi dari cip berkenaan – 2 teras pada 2.21GHz, 6 teras pada 1.80GHz, dan Adreno 619.

Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G

Sebelum ini dilaporkan bahawa ia menggunakan cip dari Snapdragon 690, namun disebabkan spesifikasinya lebih tepat dengan Snapdragon 750G, laporan tersebut disangkal secara serta-merta.

Samsung belum mengeluarkan spesifikasi cip rasmi mengenai telefon ini, namun jika dilihat melalui laporan DeaIntech, Galaxy A42 5G ini mungkin telefon pintar yang pertama menggunakan cip berkenaan.

Sumber: DeaIntech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY