Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy A31

Samsung Galaxy A31 Diperkenalkan, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera

Diterbitkan Mac 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Siri Galaxy A daripada Samsung semakin lama semakin menarik perhatian untuk pembeli kelas pertengahan. Kini menambah persaingan dalam pasaran tersebut adalah Samsung Galaxy A31 yang diumumkan pada laman rasmi pengeluar.

Peranti ini disediakan dengan paparan Super AMOLED 6.4 inci FHD+ yang menyertakan rekaan takuk U-Display bagi menempatkan kamera hadapan 20MP.

Samsung Galaxy A31 Diperkenalkan, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera

Samsung menawarkan empat pilihan warna antara Prism Crush Black, Prism Crush Blue, Prism Crush Red dan Prism Crush White untuk menyerikan lagi panel belakang. Bahagian itu turut diletakkan dengan sistem kuad kamera yang dibarisi 48MP (f/2.0), 8MP ultralebar, 5MP makro serta 5MP depth.

Beralih ke fungsi pemprosesan pula, Samsung tidak menyatakan secara spesifik jenis cip yang digunakan dengan hanya menyenaraikannya sebagai 8 teras sahaja. Ia mungkin dioperasikan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P65.

Bagi konfigurasi memori, Galaxy A31 dihadirkan dengan RAM 4GB dan 6GB sementara ruang simpanan antara 64GB dan 128GB. Untuk lebih ruang storan, ia menyokong penggunaan kad MikroSD sehingga 512GB.

Samsung Galaxy A31 Diperkenalkan, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera

Janaan kuasa peranti diperoleh daripada bateri 5000mAh yang dipadankan dengan pengecasan pantas 15W melalui port USB-C. Spesifikasi lain yang boleh didapati pada Samsung Galaxy A31 adalah imbasan cap jari pada paparan serta bicu audio 3.5mm.

Samsung Galaxy A31 Diperkenalkan, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera

Samsung masih belum mendedahkan lagi harga jualan peranti ini dan ia mungkin dijual dibawah paras RM1000. Ini berdasarkan perbandingan dengan Samsung Galaxy M31 yang berharga RM1099 di Malaysia. Belum dapat dipastikan lagi sama ada Samsung Galaxy A31 ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY