Samsung Galaxy A11 - Satu Lagi Penambahan Samsung Dalam Kelas Permulaan


Samsung baru-baru ini telah melancarkan peranti mampu milik, Samsung Galaxy A11 dalam pasaran tempatan. Berpeluang mencuba peranti ini selama beberapa hari, di bawah ini adalah pandangan awal saya mengenai Samsung Galaxy A11.

Rekaan




Pertama kali memegang Samsung Galaxy A11, rekaannya agak memanjang namun 'sedap' dipegang apabila berada dalam genggaman tangan. Hanya seberat 177 gram, ia hadir dengan rekaan minimalis seperti model sebelumnya dengan bezel yang nipis.

Merupakan model permulaan bagi siri pertengahan Galaxy A, ia didatangkan dengan skrin paparan LCD 6.4 inci bersama resolusi HD+. Dengan saiz tersebut, paparannya adalah cukup luas.



Di bahagian belakang terdapat modul kamera dengan tetapan tiga lensa iaitu 13MP utama, 5MP sudut lebar dan 2MP depth. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan imbasan jap cari.



Kamera swafoto 8MP dengan rekaan berlubang pula diisi pada bahagian hadapan peranti. Boleh dikatakan, kamera berlubang yang diletakkan pada penjuru kiri peranti ini agak besar berbanding model yang lain.



Seperti kebanyakan peranti kelas permulaan, Galaxy A11 dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm yang diletakkan pada bahagian atas peranti. Kedudukannya pula tidak terlalu ke tengah.



Terdapat slot kad dwi SIM dan mikroSD di sisi kiri, manakala di sisi kanan diletakkan butang kuasa serta pelaras kelantangan bunyi.



Samsung Galaxy A11 didatangkan dengan port pengecasan USB-C yang diletakkan pada bahagian bawah bersama pembesar suara mono. Hasil audio sedap didengar, 'tidak pecah' dan tidak juga terlalu lantang.



Peranti ini hadir dengan binaan panel belakang plastik serta kemasan glossy. Dengan kemasan ini, permukaannya agak licin dan lebih elok jika digunakan bersama sarung pelindung.

Spefikasi


Menyentuh spesifikasi, Samsung Galaxy A11 dikuasakan oleh cip Snapdragon 450 serta digandingkan dengan RAM 3GB dan 32GB storan dalaman. Ia juga boleh dimuatkan dengan mikroSD sehingga 512GB.



Peranti ini menjalankan sistem antaramuka OneUI 2.0 berasaskan Android 10. Seperti yang biasa dilihat pada antaramuka ini, aplikasi kemas tersusun dan mudah untuk digunakan.

Dari segi sekuriti biometrik, anda diberikan pilihan antara imbasan cap jari serta imbasan wajah. Kedua-duanya berfungsi dengan baik dan pantas dalam membuat imbasan. Ia juga merupakan penawaran yang menarik bagi sebuah peranti kelas permulaan.

Bateri


Samsung Galaxy A11 hadir dengan kapasiti bateri 4000mAh dengan kabel pengecasan USB-C. Turut dibekalkan bersama peranti ini adalah pengecasan pantas 15W.

Kesimpulan




Dengan apa yang ditawarkan, boleh dikatakan ia berbaloi pada kelasnya. Aspek premium sesebuah peranti juga masih kelihatan pada Galaxy A11. Untuk mengetahui lebih lengkap mengenai prestasi peranti ini, nanti ulasan penuh tidak lama lagi.

Ditawarkan pada harga RM599, Samsung Galaxy A11 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Black dan White. Pembelian boleh dilakukan menerusi Samsung Store atau Lazada (https://invol.co/clpnvz).