Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Diterbitkan Jun 28, 2018 oleh Wiser MY

Menghampiri bulan Ogos menandakan satu perkara, peranti utama kedua dari Samsung iaitu Galaxy Note 9. Peranti yang bersaiz lebih besar dari siri Galaxy S itu akan diumumkan oleh Samsung Electronics dalam satu acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos 2018.

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Agak janggal untuk Samsung keluarkan siri Galaxy Note mereka pada awal Ogos kerana kebiasaannya peranti tersebut dijadualkan pada akhir bulan Ogos, sebaik sebelum Apple melakukan perkara yang sama untuk siri iPhone mereka.

Apa yang diketahui setakat ini untuk Galaxy Note 9?

Beberapa perkara dibincangkan mengenai apa yang ditawarkan oleh Samsung menerusi peranti Galaxy Note 9 mereka. Salah satunya sudah pastilah skrin paparan yang lebih besar dan juga S-Pen yang sinonim dengan siri Galaxy Note.

Pengimbas cap jari terbina di dalam skrin juga menjadi salah satu ciri yang dikatakan akan dibawa oleh Galaxy Note 9 namun dengan tarikh pelancaran yang dekat, perkara tersebut mungkin tidak menjadi kenyataan. Peranti Android lain yang mempunyai ciri tersebut adalah dari Vivo dan Huawei.

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Bahagian bateri pula membayangkan bateri berkapasiti besar seperti 4,000 mAh tetapi Samsung mempunyai sejarah hitam mengenai bateri berkapasiti besar lebih-lebih lagi untuk siri Galaxy Note mereka. Untuk Samsung Electronics menggunakan bateri 4,000 mAh untuk Galaxy Note 9 adalah pertaruhan besar dari mereka.

Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 boleh diikuti secara langsung melalui laman rasmi Samsung.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY