Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dilaporkan Telah Berjaya Menyelesaikan Isu Skrin Galaxy Fold

Samsung Dilaporkan Telah Berjaya Menyelesaikan Isu Skrin Galaxy Fold

Diterbitkan Julai 3, 2019 · Dikemas kini Julai 3, 2019 oleh ariff bukhari

Selepas 2 bulan, Samsung dilaporkan telah berjaya menangani isu skrin Galaxy Fold.

Selepas masalah Galaxy Fold dilaporkan secara meluas oleh media, khususnya berkaitan dengan isu pelindung skrin Infiniti Flex nya yang didapati mudah ditanggal sehingga merosakkan paparan peranti tersebut, Samsung kini dilaporkan telah berjaya menyelesaikan isu tersebut.

Menurut laporan Bloomberg, dalam tempoh 2 bulan lalu Samsung Electronics telah menemui jalan penyelesaian terhadap isu skrin tersebut dengan menghasilkan rekaan baru filem pelindung bagi paparan Infiniti Flex pada peranti Galaxy Fold.

Menurut laporan tersebut, pelindung skrin itu kini direka supaya ia tidak dapat ditanggalkan dengan menggunakan tangan.

Sebelum ini tidak lama selepas Galaxy Fold diperkenalkan, para pengguna khusus yang menerima unit awal peranti tersebut telah mendakwa berdepan dengan isu skrin yang rosak.

Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Selepas diselidiki, rupa-rupanya sebahagian penerima awal unit Galaxy Fold tersebut tidak menyedari bahawa bahawa mereka secara tidak sengaja telah menanggalkan filem pelindung skrin tersebut yang sepatutnya tidak boleh ditanggalkan.

Akibatnya, skrin peranti tersebut telah rosak sepenuhnya.

Samsung Respon Terhadap Laporan Kerosakan Skrin Galaxy Fold

Masalah itu seterusnya telah memaksa Samsung menangguhkan pelancaran dan jualan Galaxy Fold di seluruh dunia pada April lalu bagi membolehkan mereka menjalankan pemeriksaan secara terperinci ke atas setiap satu unit Galaxy Fold yang dihantar kepada para penerima awal peranti tersebut.

Setakat ini, belum ada makluman rasmi tentang pelancaran semula peranti tersebut dan bilakah ia akan mula dipasarkan ke seluruh dunia. Tetapi ada juga ura-ura mengatakan Galaxy Fold mungkin akan membuat kemunculan mengejut di acara Galaxy Note 10 yang akan berlangsung pada 7 Ogos nanti.

Samsung Galaxy Fold sepatutnya menjadikan Samsung pendahulu dalam teknologi peranti pintar dengan teknologi paparan boleh lipat.

Namun begitu disebabkan isu skrin serta beberapa isu lain dilaporkan media, Samsung telah terpaksa membuat keputusan menangguhkan dulu jualan peranti ini beberapa hari sebelum ia dipasarkan keseluruh dunia (dalam kuantiti yang terhad).

CEO Samsung juga mengakui bahawa pelancaran Galaxy Fold telah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan isu yang timbul pada peranti tersebut serta penangguhan penjualannya di seluruh dunia yang sepatutnya dimulakan dalam bulan April lalu telah memalukan mereka. 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY