Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Samsung Galaxy Fold Ditangguhkan Berikutan Masalah Pada Panel Paparan

Pelancaran Samsung Galaxy Fold Ditangguhkan Berikutan Masalah Pada Panel Paparan

Diterbitkan April 23, 2019 oleh Haikel Areff

Masih dengan Galaxy Fold. Baru-baru ini, nama Samsung Galaxy Fold mula menjadi bualan di media sosial, namun malangnya ia bukanlah mengenai sesuatu yang positif.

Beberapa pengulas telefon pintar antarabangsa mendakwa peranti boleh lipat Samsung itu yang diberikan kepada mereka mengalami masalah berkaitan panel paparannya.

Menjawab masalah berkenaan, Samsung berkata mereka akan jalankan pemeriksaan terperinci pada setiap satu daripada unit yang menghadapi masalah tersebut.

Pelancaran Samsung Galaxy Fold Ditangguhkan Berikutan Masalah Pada Panel Paparan
TechRadar

Sehubungan dengan itu, pelancaran Samsung Galaxy Fold yang dijadualkan pada awal Mei ini terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Ia telah diumumkan oleh Samsung melalui laman Newsroom-nya sebentar tadi. Langkah itu adalah tepat bagi memastikan setiap pembeli mendapat kualiti peranti yang setimpal dengan wang yang dibelanjakan nanti.

Walaubagaimanapun, pengeluar dari Korea itu masih belum mengumumkan tarikh pelancaran baru namun menjangkakan ia bakal diketahui dalam tempoh beberapa minggu mendatang.

 

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY