CEO Samsung Electronics Berasa Malu Dengan Isu Galaxy Fold

Beliau mengaku terlalu mendesak pelancaran peranti boleh lipat itu.


Peranti boleh lipat pertama Samsung iaitu Galaxy Fold yang sepatutnya meletakkan Samsung jauh mendahului pesaingnya juga sekaligus mentatahkan nama Samsung sebagai syarikat pertama di dunia yang memasarkan peranti pintar dengan teknologi yang boleh dilipat, telah berlaku sebaliknya.

Galaxy Fold didapati hanya menambah malu sahaja kepada syarikat tersebut. Ia diakui sendiri oleh CEO Samsung Electronics, DJ Koh kepada pihak The Independent dalam satu temu bual yang dibuat bersama beliau baru-baru ini.



Malah dalam temu bual itu juga, beliau mendedahkan status sebenar peranti tersebut sebelum ia diperkenalkan kepada dunia pada Februrai 2019 lalu.

 “It was embarrassing. I pushed it through before it was ready.” DJ Koh.


Tanpa mengulas lebih lanjut, beliau juga akui bahawa terdapat perkara yang terlepas pandang oleh pihak mereka sepanjang proses pembangunan Galaxy Fold. Ini kerana sebanyak 2000 ujian terhadap segala aspek telah dilakukan ke atas peranti tersebut sebelum Samsung memutuskan untuk melancarkan peranti boleh lipat itu kepada umum.

“I do admit I missed something on the foldable phone, but we are in the process of recovery,” DJ Koh.


Dalam bulan April lalu, Samsung secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka menangguhkan dulu pelancaran Galaxy Fold kepada pengguna. Ia adalah bagi membolehkan mereka menjalankan pemeriksaan secara terperinci terhadap setiap satu unit Galaxy Fold itu.

Sejak strategi baru yang dilancarkan Samsung pada tahun 1993, Samsung telah melabur sebanyak 15% hasil syarikat untuk penyelidikan dan pembangunan bagi inovasi dan teknologi baru terhadap produk-produk mereka.

Ketua Strategi Pemasaran Global Samsung, Stephanie Choi menjelaskan,

“Our brand philosophy is ‘do what you can’t’. We make what can’t be made, and do what can’t be done. This [Galaxy Fold issue] is unfortunately sometimes part of this process.”