Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Diterbitkan Julai 26, 2018 oleh Haikel Areff

Ketika peranti premium mereka, Samsung Galaxy Note 9 belum pun diperkenalkan secara rasmi, Samsung kini diberitakan sedang dalam usaha membangunkan peranti menfokuskan permainan video mereka sendiri. Apa yang mengejutkan, ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy X.

Galaxy X yang sebelum ini dikaitkan dengan peranti boleh lipat dengan sistem Android pertama keluaran mereka. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh pakar tiris yang boleh dipercayai dari China, Meng Meng melalui kiriman di akaun Twitternya, @MMDDJ.

BTW,foldable smartphone isn't named Galaxy X. https://t.co/kb7TEDlrdL

— 电流_Current (@MMDDJ_) July 23, 2018

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa peranti boleh lipat itu masih akan dihasilkan cuma ia tidak akan dinamakan sebagai Galaxy X. Seorang pengikut beliau telah meneka peranti tersebut akan hadir sebagai Galaxy F, mewakili perkataan foldable(boleh lipat).

Sebelum ini, Samsung dikatakan sedang membangun unit pemprosesan grafik mereka sendiri dan sekiranya benar, ia mungkin akan digunakan pada peranti Galaxy X ini nanti. Ia adalah sesuatu yang sangat menarik untuk diikuti dengan lebih lanjut lagi.

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Kredit : PC Tech Magazine

Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang merupakan peranti dengan spesifikasi tertinggi dari Samsung sebenarnya sudah cukup baik untuk digunakan bagi bermain permainan video mudah alih. Maka, jika mereka ingin melancarkan peranti gaming yang baru, ia seharusnya lebih baik berbanding dua model tersebut.

Samsung nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan untuk menghasilkan peranti gaming yang sedang rancak ketika ini. Antara peranti menfokuskan permainan video mudah alih yang telah berada di pasaran ketika ini ialah Nubia Red Magic, Xiaomi Black Shark, Honor Play dan Razer Phone.

Walaupun perkara ini sedang menjadi bualan dan tular di internet, Samsung masih belum memberi jawapan balas secara rasmi. Maka, laporan ini masih dianggap ura-ura untuk masa ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY