Samsung Dilapor Memfailkan Paten Peranti Dengan Skrin Fleksibel

Sedang ramai sibuk memperkatakan khabar angin tentang Galaxy S8, Samsung dilaporkan telah memohon untuk memfailkan paten sebuah peranti yang dipercayai dilengkapi dengan skrin fleksibel.

Menurut laporan dari Phone Arena, beberapa paten skrin boleh dilipat atau skrin fleksibel diterima Samsung tetapi terdapat satu imej menunjukkan terdapat engsel untuk membolehkan skrin itu dibuka. Paten itu dipercayai difailkan Samsung pada tahun 2015 yang lalu dibawah no siri US 9,557,771 B2.

Kapsyen: Kredit Foto: Photo Arena


Tidak banyak maklumat yang diperolehi tentang rancangan syarikat pengeluar dari Korea Selatan tersebut. Sebelum ini, ura-ura menyatakan bahawa Samsung dan LG bakal mengeluarkan telefon atau tablet dipasang dengan skrin fleksibel pada suku ke 3 tahun 2017.

Setelah memperkenalkan Samsung Note Edge pada 2014, Samsung mungkin sekali ingin membawa perubahan dalam teknologi skrin pada peranti mereka. Ya, memang menarik apabila memiliki telefon pintar yang mempunyai skrin paparan yang boleh dilipat-lipat. Apa-apa pun nantikan perkembangan selanjutnya di Wiser.my.