Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_000 (1)

Samsung Dilapor Akan Guna Panel MicroLED Untuk Skrin Set Kepala AR

Diterbitkan Oktober 17, 2022 oleh Amalina Athman

Ketika ini, pelbagai gergasi teknologi mula mencari jalan untuk menguasai pasaran set kepala Augmented Reality (AR). Begitu juga Samsung, yang mencari cara untuk membekalkan panel paparan bagi set kepala tersebut. Samsung Display kini dilapor akan mengutamakan panel MicroLED berbanding paparan OLED bagi set kepala AR.

Menurut TheElec, Samsung menyatakan mereka lebih memilih untuk menggunakan paparan MicroLED bagi set kepala AR berikutan pencahayaan yang lebih tinggi. Turut dinyatakan, paparan sedemikian memerlukan pembangunan LED baharu.

Berkaitan

  • Ramai Tak Faham Apa Itu Metaverse, Teknologi Lain Akan Kuasai Masa Depan - Tim Cook
  • PICO 4, Set Lengkap VR Dijual Di Malaysia Serendah RM1,699
  • Meta Quest Pro, Peranti VR Yang “Tidak Mahu” Anda Main VR
  • Samsung 'Ajak' Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

Lanjutan itu, Samsung Display dikatakan sedang membangunkan teknologi panel On Silicon yang menggunakan silikon berbanding substrat kaca, yang dipanggil sebagai LEDoS, untuk menjadikan paparan MicroLED diperlukan dalam set kepala AR.

Dalam pada itu, syarikat itu turut menyasarkan penghasilan panel dengan ketumpatan piksel 6,600 ppi. Bagi set kepala AR, ia memerlukan paparan dengan pencahayaan yang tinggi kerana pengguna perlu berinteraksi dengan dunia nyata, berbanding set kepala Virtual Reality (VR) yang lebih sesuai dengan paparan agak malap.

Gambar utama: GSMArena

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY