Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Bixby, Pembantu Suara S8 Yang Mampu Belajar Sifat Pengguna

Samsung Bixby, Pembantu Suara S8 Yang Mampu Belajar Sifat Pengguna

Diterbitkan Mac 30, 2017 · Dikemas kini Mac 30, 2017 oleh Haikel Areff

Pembantu suara Bixby didakwa Samsung merupakan AI yang paling bijak berbanding seteru mereka. Ianya mampu mempelajari tingkah laku dan membaca pergerakan pengguna yang seterusnya. Sewaktu pelancaran, Suzanne De Silva sempat memberikan contoh bagaimana dia mengambil gambar sebuah basikal di tepi jalan dan Bixby secara automatik membantu menghubungkan ke aplikasi dan laman web jual beli disamping menyediakan pilihan harga termurah.

Yang bestnya lagi Bixby juga berupaya mencadangkan beberapa lokasi atau kedai berhampiran yang menjual basikal. Bixby melakukan operasi dan tugas sebagai pembantu artifisial ini dengan kerjasama Samsung Connect. Sebuah aplikasi yang berupaya menyambungkan setiap aplikasi di dalam telefon S8.

Selain itu, mereka juga mengetengahkan Samsung Pass, sebuah aplikasi ‘kunci’ khas untuk aplikasi perbankan. Dilihat aplikasi ini lebih memfokuskan pada isu keselamatan jika telefon dicuri dan sebagainya. Pengguna boleh menetapkan log masuk menggunakan pengimbas iris. Mereka juga memberitahu penonton Samsung Pay mereka ketika ini mempunyai 240 juta pengguna berdaftar.

samsung-connect-home

Samsung turut menampilkan peranti Wi-Fi Router yang diberi nama Samsung Connect Home semasa acara yang sama. Mereka berkata setiap unit mampu menghantar signal sejauh 1500 kaki persegi.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY