Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah

Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah

Diterbitkan Julai 26, 2018 oleh Helmi Samsuri

Samsung dilaporkan telah berjaya mencipta skrin paparan tahan lasak yang tidak mudah pecah.

Sudah mendapat pensijilan daripada Underwriters Laboratories dan melepasi ujian OSHA(Occupational Safety and Health Administration),skrin tersebut adalah skrin paparan OLED fleksibel yang terkandung dengan substrat yang tidak mudah pecah.

Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah

Ujian jatuh dilakukan sebanyak 26 kali pada ketinggian 1.2 meter mendapati skrin itu masih boleh berfungsi dengan baik tanpa sebarang kecacatan.

Tidak cukup dengan itu, Samsung meningkatkan lagi tahap kejatuhan pada ketinggian 1.8 meter dan hasilnya tetap sama.

Seterusnya adalah ujian suhu dimana skrin ini diletakkan pada suhu 71 darjah celcius sehingga kepada -32 darjah celcius.

Untuk pengetahuan anda, untuk lulus ujian OSHA, skrin itu perlu melepasi ujian ketahanan berasaskan standard dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.

Skrin dirancang untuk dipasang pada peranti seperti telefon pintar, alat elektronik, konsol mudah alih tablet dan lain-lain.

Sumber: Samsung

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY