Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung & Apple Mengumumkan ‘Genjatan Senjata’ Dalam Salah Satu Kes Pertikaian Paten Terbesar Dalam Sejarah

Samsung & Apple Mengumumkan ‘Genjatan Senjata’ Dalam Salah Satu Kes Pertikaian Paten Terbesar Dalam Sejarah

Diterbitkan Jun 28, 2018 · Dikemas kini Jun 28, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc. dan Samsung Electronics Co. telah mengumumkan yang mereka akan menyelesaikan masalah pertikaian paten di antara mereka di luar mahkamah. Kes bermula apabila mendiang Steve Jobs mengumumkan ‘perang’ terhadap pembuat telefon pintar Android yang lain.

Samsung & Apple Mengumumkan ‘Genjatan Senjata’ Dalam Salah Satu Kes Pertikaian Paten Terbesar Dalam Sejarah

Apple menuduh Samsung dengan sewenang-wenangnya meniru rekaan peranti iPhone mereka. Hasilnya, aksi saman-menyaman di antara dua gergasi teknologi bernilai ratusan juta USD$.

Apple dan Samsung bagaimanapun tidak mendedahkan butiran ‘pendamaian’ mereka. Pertikaian antara organisasi teknologi sudah menjadi perkara biasa sejak dari dahulu. Inovasi, rekaan, dan penciptaan merupakan perkara sensitif kerana ia boleh menjadi faktor kepada penguasaan zaman yang akan datang.

Sebagai contoh, memang diakui Apple menerusi iPhone pertama mereka merevolusikan pasaran telefon pintar ketika itu dengan memperkenalkan peranti yang lebih kompak, sistem operasi yang lebih lancar dan paparan yang lebih menarik kepada pengguna.

Samsung & Apple Mengumumkan ‘Genjatan Senjata’ Dalam Salah Satu Kes Pertikaian Paten Terbesar Dalam Sejarah

Tidak adil juga untuk pembuat peranti Android jika mengatakan yang mereka sahaja yang mengikuti rekaan yang dikeluarkan oleh Apple Inc. kerana iPhone X juga bukan lah peranti pertama menggunakan rekaan takuk di dalam skrin paparan mereka. Peranti iPhone 7 Plus juga bukan peranti pertama yang menggunakan tetapan dwi-kamera dan juga kalis air.

Pertikaian sebegini digunakan bagi menganggu pesaing masing-masing di samping memaksa pesaing mereka untuk mengubah rekaan asal produk mereka. Contoh terbaik kes dalam sejarah adalah Kellogg Co dan juga National Biscuit Co (Nabisco).

Samsung & Apple Mengumumkan ‘Genjatan Senjata’ Dalam Salah Satu Kes Pertikaian Paten Terbesar Dalam Sejarah

Apple Inc. masih terlibat dengan kes bayaran royalti, kali ini  dengan pembuat cip dari San Diego Qualcomm Inc yang melibatkan beberapa mahkamah di beberapa benua. Apple menuduh Qualcomm mengenakan bayaran yuran yang sangat tinggi kepada pembekal-pembekal Apple. Qualcomm bertindak balas dengan permohonan mahkamah supaya sesetengah peranti iPhone tidak dibenarkan dijual di pasaran.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY