Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sampel Gambar Dari Kamera Google Pixel 4a Mula Muncul Di Internet

Posted on Mei 1, 2020

Tarikh pelancaran Google Pixel 4a bakal tiba tidak lama lagi berkemungkinan pertengahan Mei ini. Sebelum ini, kita telah melihat maklumat mengenai spesifikasi peranti ini. Namun, walau apa jenis spesifikasi yang dimuatkan dalam Pixel 4a, perhatian tetap diberikan pada kualiti kameranya.

Jika pada Pixel 3a, Google mempamerkan kekuatan kualiti kamera walau spesifikasi utama peranti hanya biasa-biasa sahaja. Pada Pixel 4a, ramai pengguna ingin tahu sejauh manakah peningkatan yang Google boleh berikan untuk sebagai sebuah peranti penjaya kepada Pixel 3a.

Hari ini, baru sahaja lagi seorang pengguna telah memuat naik sampel gambar yang dikatakan dari peranti Pixel 4a. Melalui kicauan beliau di Twitter, beliau telah membandingkan Pixel 4a dengan sebuah peranti lain iaitu Redmi Note 7.

Fotos: #Pixel4a vs #RedmiNote7
12MP vs 48MP

Cual te gusta mas? pic.twitter.com/ULsU8pOlRo

— Julio Lusson (@julio_lusson) April 30, 2020

Berdasarkan gambar tersebut, tidak jelas apa motif perbandingan 2 peranti tersebut namun disebabkan ayatĀ  “12MP vs 48MP”, mungkin beliau mahu mempamerkan kekuatan kualiti kamera Google yang hanya setakat 12 MP sahaja.

Google Pixel 4a
Redmi Note 7

Tanpa melihat gambar dengan lebih terperinci, sudah tentu gambar dari Redmi Note 7 diibaratkan seperti langit dengan bumi. Tetapi apa yang lebih penting adalah melihat sekali imbas, kita sudah pasti dengan fitrah memproses gambar peranti Google.

Google Pixel 4a
Redmi Note 7

Jika anda tidak biasa dengan kamera dari Google Pixel, ia menghasilkan gambar yang dramatik, pemisahan warna yang cemerlang, dan kontras yang agak tinggi.

Walaupun pada mulanya kami sangsi dengan kredibiliti sumber disebabkan tiada bukti kukuh imej datang dari peranti Google Pixel 4a. Akan tetapi, melihat dengan lebih dekat, pengguna yang memuat naik gambar tersebut merupakan pengguna sama yang telah membuat video ulasan peranti ‘Pixel 4a’ tidak lama sebelum ini.

Disebabkan itu, gambar ini boleh dikatakan ‘dipercayai’ namun selagi belum rasmi peranti ini, anggap sahajalah maklumat ini hanya sekadar maklumat tambahan atau ura-ura. Tambahan lagi imej tersebut telah pun dimampatkan melalui Twitter, jadi kualiti sebenarnya tidak dapat diketahui.

Jika anda mesra dengan jenama Pixel, anda pasti tahu model peranti ini sangat mengutamakan kualiti gambar yang cantik. Apa yang penting dan pasti, sudah tentu hasil tangkapan gambar dari Pixel 4a akan lebih berkualiti dari Pixel 3a. Walaupun jika tiada sampel gambar dari Pixel 4a dimuat naik untuk memberitahu peminat mereka.

Apa pendapat anda mengenai kualiti kamera dari Google Pixel 4a ini?

Sumber: Julio Lusson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress