Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Floating graphite plate_0

Saintis Berjaya Cipta Material Baru Untuk Platform Terapung Tanpa Perlukan Tenaga Luar

Diterbitkan April 14, 2024 · Dikemas kini April 14, 2024 oleh ariff bukhari

Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Jason Twamley, seorang penyelidik dalam fizik teori sains dan teknologi kuantum di Institut Sains dan Teknologi Okinawa (OIST), Jepun, telah berjaya menunjukkan apungan tanpa menggunakan sebarang sumber tenaga luar.

Kejayaan itu dicapai selepas mereka dengan kolaborasi antarabangsa, telah berjaya mereka bentuk platform terapung menggunakan bahan baru dari grafit dan magnet.

Grafit, bentuk kristal karbon yang terdapat dalam pensel adalah salah satu bentuk karbon yang paling stabil, dan juga konduktor elektrik yang baik

Jadi, dengan menyalut secara kimia serbuk manik grafit mikroskopik dengan silika dan mencampurkan serbuk bersalut dalam lilin, para penyelidik itu membentuk plat persegi nipis bersaiz sentimeter sebagai penebat yang berlegar di atas magnet yang disusun dalam corak grid.

Perubahan ini membantu mengurangkan kehilangan tenaga, dengan itu membolehkan ia terapung dalam vakum.

Penyelidikan ini membuka kemungkinan untuk penderia ultra-sensitif dan mencapai kawalan tepat ke atas platform berayun.

“Kerja berterusan kami memberi tumpuan kepada memperhalusi sistem ini untuk membuka kunci potensi penuh teknologi ini.” Jason Twamley.

Dengan menggabungkan apungan, penebat dan maklum balas masa nyata, pasukan Prof. Twamley menolak sempadan perkara yang boleh dicapai dalam sains bahan dan teknologi penderia.

Mungkin apabila ia sempurna dan diaplikasikan nanti, Hoverboard seperti yang digunakan dalam filem Back to the Future Part II akan menjadi kenyataan.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Okinawa Institute of Science and Technology

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY