Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saham Apple Meningkat Naik, Muncul Syarikat Pertama Dengan Nilai Pasaran $ 1 Trillion

Saham Apple Meningkat Naik, Muncul Syarikat Pertama Dengan Nilai Pasaran $ 1 Trillion

Diterbitkan Ogos 3, 2018 oleh Haikel Areff

Walaupun sering dihimpit pelbagai kontroversi, terutamanya pada peranti iPhone mereka, Apple nampaknya seperti tidak terkesan dengan perkara-perkara sebegitu. Ia dibuktikan selepas mereka berjaya muncul sebagai syarikat pertama di dunia dengan nilai pasaran melebihi $ 1 trillion(~RM 4.08 trillion).

Kejayaan itu dikatakan adalah sumbangan daripada prestasi jualan yang memberangsangkan pada suku kedua tahun ini yang berakhir pada Jun yang lepas. Jumlah jualan sekitarĀ $61.14 billion itu nampaknya memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus memiliki pegangan saham di Apple.

Saham Apple Meningkat Naik, Muncul Syarikat Pertama Dengan Nilai Pasaran $ 1 Trillion

Ia juga dibantu dengan kehadiran peranti baru iPhone yang dijangka akan menemui peminat pada suku terakhir tahun ini. Seperti biasa, peranti iPhone pasti akan dapat menarik perhatian ramai sekaligus menggambarkan kadar penjualan yang baik akan diperolehi.

Untuk menjadi sebuah syarikat yang bernilai $ 1 trillion, Apple perlu mencapai harga saham yang dijual pada kadar $207.05. Apple telah merekodkan harga $0.34 lebih tinggi apabila saham mereka direkodkan bernilai $207.39 sesaham sesama pasaran ditutup semalam.

Dengan nilai pasaran yang semakin meningkat ini, kita dapat menjangkakan Apple akan terus membelanjakan wang mereka pada unit R&D bagi terus menghasilkan teknologi-teknologi baru di masa akan datang.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY