Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang

Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang

Diterbitkan Ogos 7, 2018 oleh Wiser MY

AMD secara rasminya memperkenalkan cip Ryzen Threadripper generasi baharu untuk pengguna HEDT (High End Desktop) mereka. AMD mengkategorikan cip terbaru mereka kepada 2 siri; WX dan X.

Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang

WX adalah untuk pengguna yang menggunakan PC mereka untuk menghasilkan kandungan multimedia (creators) dan X khusus untuk gaming. Spesifikasi penuh adalah seperti berikut:

Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang

Untuk cip Ryzen Threadripper 2990WX, ia mempunyai kiraan teras sebanyak 32 dan 64 bebenang. Clockspeed dikunci pada frekuensi 3.0GHz dan boleh ditingkatkan kepada 4.2GHz. Kuasa yang dihasilkan pula berada pada tahap 250W, satu peningkatan dari cip generasi pertama. Ryzen Threadripper siri 2000 akan dijual dengan harga bermula pada RM 2,651.81 untuk 2920X sehingga RM 7350.71 untuk 2990WX.

Ryzen Threadripper Gen 2 Dilancarkan, Pra-Tempahan Dibuka Sekarang

Ryzen Threadripper siri 2000 ini juga menyokong papan induk X399 sedia ada yang menggunakan soket TR4. AMD juga mendakwa telah memecahkan rekod untuk cip 2990WX yang mencapai markah 7,618 di Cinebench R15 yang sebelum ini dipegang oleh Intel Core i9-7980XE (5,828 mata).

Pra-tempahan telah dibuka kepada pengguna namun tidak lagi dibuka untuk rantau asia. Tidak dipastikan lagi bila pengguna di Malaysia dapat melihat cip Ryzen Threadripper terbaru di negara ini.

Sumber: AMD, Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
©2026 WISER.MY