Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rusia Menyiasat Facebook Selepas Perkhidmatan Telegram Diberhentikan

Rusia Menyiasat Facebook Selepas Perkhidmatan Telegram Diberhentikan

Diterbitkan April 19, 2018 oleh Wiser MY

Badan pemerhati Rusia kini sedang memantau aktiviti Facebook di dalam negara mereka selepas negara tersebut membuat keputusan untuk menghalang akses kepada aplikasi mesej popular Telegram.

Ketua badan penyelia Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa (Roskomnadzor), Alexander Zharov berkata mereka akan memulakan penyiasat pada akhir tahun ini.

Dalam masa yang sama, pihak peyelia telko Rusia telah mengeluarkan beberapa amaran kepada Facebook yang organisasi tersebut boleh diharamkan untuk beroperasi di negara tersebut jika tidak mematuhi undang-undang berkenaan data peribadi rakyat negara tersebut.

Peraturan terbaru yang dilaksanakan pada tahun 2014 menyatakan yang sebarang laman carian dan sosial media perlu menyimpan semua data peribadi pengguna mereka di dalam negara yang membangkitkan spekulasi berkenaan data berkenaan terlepas ke tangan badan perisikan Rusia.

Rusia Menyiasat Facebook Selepas Perkhidmatan Telegram Diberhentikan

Roskomnadzor mula menghalang aplikasi terkenal Telegram dari beroperasi bermula pada hari Isnin lepas selepas badah kehakiman mendapati Telegram tidak mahu bekerjasama dalam memberi akses kepada perbualan peribadi.

Aplikasi Telegram mempunyai sebanyak 200 juta pengguna sejak dilancarkan oleh warga Rusia mereka sendiri, Pavel Durov dan abangnya, Nikolai pada tahun 2013. Ia merupakan aplikasi mesej yang mirip seperti WhatsApp tetapi dengan beberapa fungsi tambahan yang tiada di WhatsApp.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY