Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 7 Jadi Peranti Rasmi PUBG MOBILE Super League 2023 Di Malaysia, Thailand Dan Vietnam

ROG Phone 7 Jadi Peranti Rasmi PUBG MOBILE Super League 2023 Di Malaysia, Thailand Dan Vietnam

Diterbitkan Julai 28, 2023 · Dikemas kini Julai 28, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penaja rasmi bagi acara PUBG MOBILE Super League (PMSL) 2023 di Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Siri ROG Phone 7 akan dijadikan sebagai telefon rasmi kejohanan untuk memberi peserta pengalaman permainan mudah alih gred pro e-sukan yang tinggi.

Sempena itu juga bagi meningkatkan penglibatan pengguna dan penyertaan peminat, pek tema dinamik PUBG PMSL eksklusif akan dikeluarkan di kedai ROG, yang membolehkan pengguna ROG Phone memperibadikan peranti mereka sebagai persediaan untuk acara akan datang ini.

PMSL adalah salah satu acara PUBG MOBILE yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara, menarik banyak pemain profesional dan peminat permainan. Acara ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran e-sukan yang adil, kompetitif, dan bersemangat.

PUBG MOBILE Super League 2023 akan bermula pada 2 Ogos 2023 nanti dengan perlawanan kejohanan akan disiarkan secara langsung setiap hari Rabu hingga Ahad. Grand Finals PMSL 2023 akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos.

Berkaitan

  • ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Allo Perkenal Pakej Perpaduan, Harga Langganan RM69/Sebulan Untuk 100Mbps
  • Switch Sedang Tawar Diskaun Ekslusif Di Stor Baharu Mereka Sehingga 30 Julai 2023

Sumber: Siaran media ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY