Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan

Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan

Diterbitkan Januari 10, 2019 · Dikemas kini Januari 10, 2019 oleh Haikel Areff

Pengeluar permainan video terkenal Grand Theft Auto(GTA), Rockstar Games dilaporkan sedang membangunkan permainan baharu ketika ini.

Antara permainan video yang disebut-sebut ialah GTA 6 atau Bully 2. Namun, jika menurut laporan Gamespot, permainan video berkenaan hanya akan diperkenalkan selepas pelancaran konsol generasi seterusnya nanti.

Ura-ura ini timbul selepas Gear Nuke berjaya mengesan tindakan Rockstar untuk mencari calon untuk mengisi jawatan-jawatan berkaitan artis teknikal.

Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan
YouTube

Sebelum ini, Rockstar juga dilaporkan sedang mencari pelakon bagi melakonkan beberapa watak untuk permainan video baharu mereka itu nanti.

Baca juga: Bully 2 Didakwa Sedang Dalam Pembangunan, Mungkin Dilancarkan Sebelum GTA 6

Jika laporan ini tepat, ini bermakna kita mungkin tidak akan melihat kemunculan permainan tersebut sehingga tahun hadapan.

Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan
Game Rant

Ini kerana, Microsoft dan Sony sebelum ini telah memberi gambaran bahawa konsol generasi seterusnya mereka hanya akan dilancarkan pada tahun 2020.

Tambahan pula, permainan terkini Rockstar Games, Red Dead Redemption 2 sedang berada di kemuncaknya dan dijangka akan kekal di sana untuk tempoh beberapa bulan mendatang.

Maka, bagi peminat GTA mahupun Bully, nampaknya anda perlu bersabar untuk tempoh yang lebih lama.

 

Sumber: Gamespot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY