RM10 Juta Dibelanjakan Pengguna Pada Hari Pertama e-Tunai Rakyat Dimulakan

Tarikh 15 Januari lalu merupakan hari bemulanya inisiatif e-Tunai Rakyat dimulakan untuk menggalakkan penggunaan e-Dompet di Malaysia.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, sebanyak RM10 juta telah dibelanjakan pengguna pada hari pertama program tersebut dijalankan. Laporan tersebut juga menyatakan Kementerian Kewangan akan membuat pertimbangan sama ada penambahan peruntukan bagi insentif tersebut. Terdahulu, pada Bajet 2020 kerajaan telah memperuntukan RM450 juta dalam program ini.

Tiga platform telah dipilih untuk mengendalikan insentif RM30 tersebut iaitu TnG eWallet, Grabpay serta Boost. Memerlukan pengesahan identiti dan lain-lain maklumat, pengguna yang layak bakal menerima RM30 kedalam akaun e-Dompet pilihan.

Nilai yang diterima itu kemudiannya boleh dibelanjakan sama ada untuk penghantaran, pengangkutan, beli-belah dan seumpamanya.

Sumber: Sinar Harian