Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hacker stealing data from computer

Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data

Diterbitkan Oktober 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pertengahan Oktober yang lepas, Lowyat.net telah mengejutkan kita dengan laporan mengenai pencerobohan data peribadi melibatkan jutaan rakyat Malaysia. Terkini, laman tersebut tampil mengesahkan lebih kurang 46.2 juta nombor telefon rakyat Malaysia ( telco Malaysia dan juga pengendali rangkaian mudah alih maya) sudah tertiris dalam talian.

Pencerobohan data itu dikatakan berlaku sekitar Mei dan Julai 2014 membabitkan pelbagai syarikat telco tempatan. Bukan sekadar nombor telefon, maklumat peribadi seperti informasi pengguna, alamat termasuklah nombor IMEI dan IMSI turut terlibat sama.

Selain daripada itu, Lowyat.net juga mengesahkan pengkalan data kepunyaan Malaysian Medical Council (MMC), Malaysian Medical Association (MMA) dan Malaysian Dental Association (MDA) juga terkesan dengan pencerobohan ini.

Antara maklumat yang diperolehi dari pengkalan data itu adalah seperti kad pengenalan, nombor telefon , dan alamat tempat tinggal.

Mereka juga menyarankan agar syarikat-syarikat telco yang terlibat supaya lebih berwaspada dan segera menggantikan kad sim pengguna yang terkesan dari pencerobohan ini. Terutama sekali pengguna yang tidak pernah mengemaskini kad sim mereka sejak 2014 lagi.

Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
Disclaimer dari Lowyat.net, “Semua data yang kami perolehi kini disulitkan dan disimpan di satu storan. Kami akan musnahkan semua data pada hari Jumaat, 3 November pukul 12 malam. Pemilik data, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan kami untuk menyerahkan data.”

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY