Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunung-ganang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.
“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita boleh pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.
“Kementerian mahu tekankan kepada internet, yang mempunyai kualiti internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitaran yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, hari ini.
Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.
“Jika kos penggunaan internet terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmatan internet,” katanya.
Sementara itu, menurut beliau, setelah mempunyai kemudahan internet dan infrastruktur yang mencukupi, kerajaan seharusnya mempunyai program-program yang mendidik rakyat supaya menggunakan teknologi berkenaan untuk meningkatkan taraf kehidupan.
“Satu perkara yang saya lihat ialah kita boleh bawa kemudahan internet ini ke kawasan luar bandar. Banyak peniaga kecil yang boleh mengguna internet untuk pasaran yang lebih luas,” katanya.
Selain itu, beliau berkata akses internet tidak terhad kepada perniagaan, malah bidang perbankan, pendidikan dan perubatan juga mendapat manfaat yang sama.
“Misalnya perbankan, ramai yang pergi ke bank untuk memeriksa baki akaun. Tetapi jika gunakan kemudahan internet itu, kita tidak perlu lagi ke bank sebaliknya hanya menerusi perbankan secara internet,” katanya.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Video: Autopilot Menyelamatkan Juruterbang Yang Pengsan Ketika Di Udara
- Flickr Versi Percuma Kini Terhad Kepada 1000 Foto Dan Video
- Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome
- Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Lebih 4 Orang Pada Kemaskini Akan Datang
- WhatsApp Mungkin Sokong Panggilan Video Sehingga 50 Orang Melalui Messenger Rooms
- Tonton Video YouTube Anda Dalam Realiti Maya
- Ini Adalah Video Promo Galaxy S9 Dan S9+
- 6 Permainan Video Ini Dilarang Untuk Dimainkan Di Beberapa Buah Negara
- Cara Memainkan Video Youtube Walaupun Skrin Telefon Di Tutup
- Aplikasi VivaVideo Dikesan Cuba Lakukan Lebih 20 Juta Transaksi Yang Meragukan