Bayangkanlah kanak-kanak seawal 2 tahun pun sudah memiliki telefon pintar, apatah lagi bagi kita yang dewasa ini.
Seharian tanpa telefon kadang-kala boleh membuatkan seseorang itu menjadi "gila", tapi tak semua begitu, betul?
Baru-baru ini, terdapat satu kajian telah dijalankan oleh Expedia yang memfokuskan terhadap tingkah laku penumpang kapal terbang ketika penerbangan.
Kajian yang dikenali sebagai Expedia Airplane Etiquette Study 2017, telah dilakukan secara global dan di negara kita, para pengkaji mendapati rakyat Malaysia sangat sukar meninggalkan telefon pintar berbanding rokok ketika dalam penerbangan.
Menurut Lavinia Rajam, Ketua Perhubungan Pengguna syarikat Expedia bagi rantau Asia, pengguna Malaysia seakan-akan tidak boleh berenggang dengan telefon pintar mereka.
" Kami mendapati majoriti, sebanyak 54% dari mereka tidak suka berjauhan dari telefon pintar ketika penerbangan jarak jauh, kerana ia seolah-olah terputus hubungan dengan dunia luar." Lavinia Rajam.
Walaupunbegitu, masih terdapat sisi baik bagi rakyat Malaysia kerana dalam kajian yang sama, didapati:
- 78% rakyat Malaysia tidak akan membaringkan kerusi jika terdapat wanita mengandung, orang tua atau orang sakit dibelakang mereka.
- 54% rakyat Malaysia akan menawarkan kerusi mereka kepada penumpang yang lebih memerlukan.
Bangga betul jadi rakyat Malaysia, walaupun tak boleh tinggal telefon tapi jangan tinggal adab, Malaysia Boleh!!!
Sumber: Internet Everywhere
Berkaitan
- Android Oreo Beta Akan Dilepaskan Untuk Huawei Nova 2i Malaysia
- Xiaomi Malaysia Sedang Bersiap-Siap Untuk Membawa Masuk Mi 9T Pro
- Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999
- Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson
- vivo Patenkan Rekaan Telefon Dengan Papan Kekunci Yang Boleh Diputar
- MSI GE 66 Raider Edisi Assassin's Creed Valhalla Boleh Dibeli Bermula 10 November
- Permainan Mudah Alih Game Of Thrones: Conquest Sudah Boleh Mula Dimuat Turun Android Dan iOS
- Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan
- Kelajuan Internet Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-9 Asia Pasifik
- Window 10 Versi 1809 Kini Bolehkan Anda Cabut Pemacu USB Bila-Bila Masa Sahaja Tanpa Perlu "Safely Remove Hardware"