Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 (1)

RFID Difasa Percubaan, Sedia Dilancar Jan 2019

Diterbitkan September 14, 2018 oleh Helmi Samsuri

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) bakal menemui orang ramai secara rasmi menjelang Januari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif TnG, Syahrunizam Samsudin berkata fasa percubaan yang telah dilancarkan pada 3 Sept lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Pendaftaran bagi fasa percubaan telah ditutup dan pendaftaran baharu akan dibuka semula pada tahun hadapan selepas ia dilancarkan.

“Buat masa ini, kami sedang mengumpul maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar pada fasa percubaan dan akan memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunakan di seluruh lebuh raya utama negara,” katanya kepada pemberita pada Hari Media RFID di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi TnG, Noor Farilla Abdullah.

Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkan­dung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kende­raan dan akan menggantikan pera­nan peranti tag pintar (SmartTAG).

“Pelekat ini akan dihubungkan kepada aplikasi dompet elektronik atau e-wallet TnG yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memantau dan menambah nilai baki e-wallet mereka secara dalam talian,” tambah Syahrunizam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, orang ramai boleh melayari laman web www.touchngo.com.my atau boleh menghubungi TnG Careline di talian 03-27148888.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY