Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxell pemain kaset

Retro Tapi Moden, Pemain Kaset Ini Sokong Bluetooth & USB-C

Diterbitkan Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Di saat kebanyakan pengguna bergantung kepada penstriman muzik, sebuah pemain kaset moden baharu daripada Maxell diperkenalkan.

Peranti ini diumumkan di Threads mereka baru-baru ini dan menarik minat sehingga habis terjual di Amazon. Walaupun menggunakan format kaset yang dianggap lama, model ini hadir dengan sentuhan moden seperti sokongan Bluetooth dan pengecasan USB-C.

Selain itu, ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, membolehkan pengguna memilih antara pengalaman berwayar atau tanpa wayar. Dari segi rekaan, pemain ini tampil ringkas dengan butang fizikal klasik seperti play, stop, rewind dan fast forward, serta penunjuk bateri LED.

Retro Tapi Moden, Pemain Kaset Ini Sokong Bluetooth & USB-C

Maxell mendakwa ia mampu bertahan sehingga sekitar 11 jam penggunaan melalui sambungan Bluetooth. Namun, peranti ini hanya menyokong fungsi main balik kaset dan tidak mempunyai keupayaan rakaman atau sokongan format digital lain.

Kehadiran pemain ini dilihat sebagai sebahagian daripada trend kebangkitan semula media fizikal, di mana sesetengah pengguna mula menghargai pengalaman mendengar muzik yang lebih berasa nyata atau fizikal berbanding penstriman digital.

Buat masa ini, pemain kaset tersebut kehabisan stok di Amazon. Harga yang dijual adalah sekitar RM392.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Nvidia Mula Semula Pengeluaran Cip Untuk Pasaran China
  • CelcomDigi Kini Tawar sooka Melalui StreamMORE, Percuma Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY