Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
remove china apps

Remove China Apps Sudah Dipadam Dari Google Play Store

Diterbitkan Jun 3, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang dilaporkan semalam, aplikasi Remove China Apps kini dikatakan sudah dibuang dari senarai muat turun Google Play Store.

Sudah dimuat turun lebih dari 5 juta kali dan aplikasi tersebut dikatakan banyak dipasang pengguna di India. Seperti yang sudah dijangkakan aplikasi tersebut didapati melanggar polisi penawaran yang telah ditetapkan Google.

remove china apps

Melalui polisi berkenaan, sesebuah aplikasi yang ditawarkan pada Play Store tidak boleh mengubah tetapan peranti atau ciri diluar aplikasi tanpa pengetahuan serta kebenaran pengguna. Selain itu, ia juga tidak boleh mendorong pengguna untuk menyahpasang aplikasi pihak ketiga yang lain.

Remove China Apps bukan sahaja membuat imbasan dan memaparkan aplikasi dari pembangun China, ia turut menyediakan butang untuk terus menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut. Hal ini mungkin menjadi faktor utama mengapa Google mengambil langkah mengeluarkannya dari platform mereka.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY