Lihat sahaja pada nama, anda sudah boleh meneka bagaimana ia berfungsi pada telefon pintar. Mula ditawarkan pada Google Play Store sejak 17 Mei yang lalu, aplikasi Remove China Apps telah menjadi tular dan menjadi perhatian ramai.
Sehingga kini, aplikasi tersebut telah melepasi angka 5 juta muat turun dari Play Store. Aplikasi tersebut dikatakan adalah hasil kerja dari sebuah startup di India, OneTouch AppLabs.
Penggunaannya mudah dimana pengguna hanya perlu klik butang, dan seterusnya ia akan membuat imbasan setiap aplikasi yang terpasang pada peranti. Sekiranya terdapat aplikasi yang dibangunkan syarikat daripada China, senarai akan dipaparkan.
Namun begitu, berdasarkan laporan daripada Android Authority, pengguna mendapati ia gagal mengesan aplikasi pra-pasang pada peranti dari pengeluar China. Senarai imbasan hanya menyenaraikan aplikasi yang dimuat turun dari Google Play Store atau dari sumber pihak ketiga.
Selain itu, ia juga dikatakan kurang tepat dimana menyenaraikan Zoom, aplikasi dari Amerika Syarikat tetapi pengasasnya adalah rakya Amerika Syarikat yang lahir di China, Eric Yuan. Manakala aplikasi PUBG yang dibangunkan oleh Tencent Games tidak pula berada pada senarai imbasan.
Mengikut terma dan syarat oleh Google Play Store, adalah dilarang untuk sesebuah aplikasi mengganggu aplikasi lain pada telefon pintar.
Jika Remove China Apps dilihat melanggar terma berkenaan, berkemungkinan besar ia bakal dibuang dari senarai platform muat turun Android itu.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- China Beri Peringatan Kepada Perancis Berkenaan Pengecualian Huawei Dari Pembangunan 5G
- Huawei Bakal Guna Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Untuk Komputer Di Pasaran China
- Xiaomi Mi Notebook Air Versi 4G Di Lancar Di China
- KitaJaga Sudah Ada Aplikasi, Pengguna iPhone Boleh Muat Turun Dari AppStore
- Meizu M6 Note Edisi One Piece Bakal Didagangkan Di China
- Spesifikasi Vivo S1 Di Malaysia Mungkin Berlainan Dari Model Di China
- China Adalah Penyumbang Terbesar Bagi Pasaran 5G Dunia Setakat Suku Ke-2 Tahun Ini
- China Bina Panel Solar Berbentuk Panda
- Malaysia Perlu Waspada Teknologi 5G China - Daim
- Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah