Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Bunuh Diri, Ibu Bapa Enggan Belikan Peranti Mahal Untuk Bermain PUBG Mobile

Remaja Bunuh Diri, Ibu Bapa Enggan Belikan Peranti Mahal Untuk Bermain PUBG Mobile

Diterbitkan Februari 5, 2019 · Dikemas kini Februari 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sejak diperkenalkan untuk platform mudah alih, PUBG Mobile menjadi kegilaan ramai pengguna tanpa mengira batas umur.

Ia juga sudah dimainkan lebih 200 juta pemain dengan 30 juta pemain aktif seperti yang diberitakan Disember lepas.

Ia merupakan alternatif kepada sesetengah pengguna yang tidak mempunyai komputer atau konsol untuk memainkan versi asal.

Namun satu khabar sedih telah muncul diinternet, seorang remaja membunuh diri selepas ibu bapanya enggan membelikan peranti berkelas tinggi.

Remaja 18 tahun berasal dari Kurla, India itu dikatakan meminta sejumlah 37,000 Rupee (~RM2108) untuk membeli sebuah telefon pintar untuk bermain PUBG Mobile. Tetapi ibu bapanya hanya mengehadkan bajet kepada 20,000 Rupee (~RM1140) sahaja.

Ekoran daripada perselisihan itu, remaja terbabit membuat keputusan membunuh diri dan ditemui tergantung diruang dapur rumahnya.

Terdahulu, kanak-kanak 11 tahun dari Maharashtra ada menulis secupuk surat, menggesa permainan terbabit disekat dengan alasan ia menggalakkan keganasan dan buli siber.

Sumber: Local Press 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY