Rekaan realme Q2 Pro Didedahkan, Hadir Dengan Kuad Kamera Belakang

Laporan sebelum ini menyatakan realme dijangka akan memperkenalkan siri baharu realme Q pada 13 Oktober depan. Kini, realme telah memperlihatkan rekaan realme Q2 Pro. Peranti ini mungkin hadir bersama versi asas, realme Q2.

realme Q2

Berdasarkan imej yang dikongsi melalui Weibo, peranti ini akan dimuatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama. Sedikit ke bawah, terdapat logo realme. Sementara tulisan "DARE TO LEAP" yang besar diletakkan secara menegak.

realme Q2

Panel belakang Q2 Pro hadir dengan rekaan dari jenis leather grain. Ia juga didatangkan dengan lubang pengecasan Type-C. Bagaimanapun, tiada bicu audio 3.5mm yang disertakan pada peranti ini.



Dalam pada itu, Q2 Pro dijangka akan didatangkan dengan panel OLED yang mempunyai sokongan imbasan cap jari pada paparan. Ia juga dikatakan mempunyai sokongan rangkaian 5G dan pengecasan pantas 65W.

Dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Sumber: Weibo