realme Q Dengan Pengecasan 65W Dijangka Hadir 13 Oktober

realme kini dijangka akan memperkenalkan telefon pintar baharu di bawah siri realme Q pada 13 Oktober depan.

Dilaporkan peranti itu akan dimuatkan paparan berlubang dengan 6.43 inci panel OLED serta mempunyai sokongan pengimbas cap jari pada paparan. Ia juga dikatakan menyokong rangkaian 5G dan pengecasan pantas 65W.

realme Q

Timbalan Presiden realme, Xu Qi minggu lalu telah mengesahkan telefon pintar baharu yang menjalankan realme UI 2.0 berasaskan Android 11 akan diperkenalkan pada Oktober. Bagaimanapun, realme masih belum mengumumkan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini.

Dalam pada itu, dua telefon pintar baharu dengan nombor model RMX2117 dan RMX2173, yang masing-masing didakwa adalah siri Realme Q dan siri Realme X telah tersenarai dalam TENAA China.

Sehingga itu, nantikan pengesahan rasmi oleh realme.

Sumber: Weibo via GizmoChina