Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
modul kamera Huawei P50 Pro

Rekaan Huawei P50 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Modul Kamera Yang Besar

Diterbitkan Mac 11, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Huawei P50 dikhabarkan bakal menjadi telefon pertama Huawei yang akan menggunakan sistem operasi HarmonyOS. Terbaru, rekaan dan spesifikasi Huawei P50 Pro pula didakwa telah tertiris.

Memetik laporan Voice, peranti ini bakal dimuatkan dengan panel kaca serta bingkai besi, di mana ia mempunyai bahagian sisi yang rata seperti yang dilihat pada siri P30 dan Mate 30.

Huawei P50 Pro_3

Untuk paparan, ia dilengkapi skrin berukuran sekitar 6.6-inci dengan bahagian sisi yang sedikit melengkung serta bezel yang nipis. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

modul kamera Huawei P50 Pro

Menariknya pada bahagian kamera, P50 Pro dimuatkan dua lensa besar dengan modul kamera berbentuk bujur. Melihat rekaan ini mengingatkan modul kamera yang terdapat pada siri Huawei Nova 8, yang dilancarkan pada Disember tahun lalu.

Rekaan ini juga selari dengan laporan sebelumnya yang menyatakan Huawei P50 bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi dengan sensor paling besar, yang ditawarkan pada mana-mana peranti masa kini.

Bukanlah perkara yang mengejutkan jika benar modul kamera yang besar ini akan dimuatkan pada Huawei P50 Pro. Ini kerana, kita sudah sedia maklum Huawei sering menampilkan rekaan yang unik pada modul kamera.

Apapun, nantikan sahaja maklumat lebih lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber: voice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY