Perkara paling 'menarik' pada kedua-dua model ini adalah rekaan modul kamera berbentuk telur. Ia merupakan antara kamera terawal yang menggunakan modul kamera dengan rekaan sebegini.
Huawei Nova 8
Huawei Nova 8 membawakan skrin OLED 6.57 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Dalam skrin itu juga diletakkan kamera swafoto berlubang 32MP di bahagian tengah dan juga pengimbas cap jari.
Bahagian belakang pula dimuatkan dengan kamera utama 64MP selain 8MP sudut lebar dan 2MP makro/depth.
Ia dikuasakan oleh Kirin 985 bersama-sama 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk sistem pengecasan, kapasiti bateri sebanyak 3,800mAh dimuatkan dengan sokongan pengecasan pantas 66W.
Terdapat 4 pilihan warna yang diberikan iaitu perak, ungu, hijau, dan hitam. Harga jualan adalah bermula CNY 3,299 (~RM2,050) dan dijual di China sahaja buat masa ini.
Huawei Nova 8 Pro
Huawei Nova 8 Pro mempunyai skrin lebih besar 6.72 inci OLED FHD+ dan juga lebih pantas dengan 120Hz. Daripada swafoto tunggal, kini terdapat lubang pil pada skrin dengan sensor 16MP utama dan 32MP sudut lebar. Masih terdapat pengimbas cap jari pada skrinnya.
Konfigurasi kamera belakang masih sama dengan Huawei Nova 8 iaitu kamera utama 64MP selain 8MP sudut lebar dan 2MP makro/depth.
Bateri adalah sedikit lebih besar pada 4,000mAh dan pengecasan 66W yang sama. Cip yang dijana juga masih sama iaitu Kirin 985.
Huawei Nova 8 Pro dijual bermula CNY 3,999 (~RM2,483) juga dengan 4 pilihan warna yang sama - perak, ungu, hijau, dan hitam.
Kita mungkin akan melihat siri Huawei Nova 8 ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi memandangkan Huawei juga aktif memasarkan telefon-telefon terkini mereka ke pasaran tempatan.
Berkaitan
- Realme 5S Dilancarkan Di India - Snapdragon 665, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh
- Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 - 6.8" AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
- Redmi 8A Dual Dilancarkan - Snapdragon 439, Pengecasan USB-C Dan Bateri 5000mAh
- Giliran Tune Talk Pula Hadir Dengan Pelan Data Tanpa Had - RM48 Sebulan Berkelajuan 6Mbps
- iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan - Harga Hanya RM291,865
- Bermula Snapdragon 888, Telefon Android Akan Terima Sokongan Kemaskini Sehingga 4 Tahun
- Derita Huawei Belum Berakhir, Pentadbiran Trump Batalkan Lesen Perniagaan Untuk Sejumlah Syarikat Pembekal Huawei
- Huawei Umum HERE WeGo Di AppGallery Sebagai Alternatif Google Maps
- OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Panel 120Hz
- ASUS ROG Phone 3 Dengan Snapdragon 865+ Diumumkan - 144Hz, 6000mAh Dan Sehingga 16GB RAM