Terdahulu, Huawei dilaporkan bakal menggunakan sistem operasi mereka tersendiri, HarmonyOS pada semua telefon pintar mereka tahun ini.
Terbaru, siri Huawei P50 mungkin menjadi telefon yang pertama menggunakan sistem operasi tersebut.
Walaupun siri andalan mereka yang lain sudah boleh menjalankan versi beta, tetapi uniknya pada P50 adalah ia melangkau Android sepenuhnya.
Huawei juga menjangkakan sekitar 300 hingga 400 juta peranti akan menjalankan HarmonyOS termasuk TV, jam pintar dan IoT. Selain itu, siri P50 baharu dijangka dilancarkan sekitar 26 atau 27 April.
Dalam pada itu, ada sumber mendedahkan bahawa siri P50 dilengkapi skrin melengkung yang sama seperti siri P40.
MenurutĀ DigitalChatStation, P50 Pro akan mempunyai satu takuk berlubang pada bahagian tengah yang menempatkan kamera hadapan.
Akan tetapi, terdapat spekulasi yang mengatakan barisan terbaru ini menampilkan kualiti paparan lebih baik, sistem kamera baru dan kemampuanĀ gaming.
Bercakap tentang kamera, Huawei P50 mungkin melakar sejarah kerana ura-ura menyatakan telefon ini dilengkapi sensor paling besar dalam mana-mana telefon pintar masa kini iaitu bersaiz 1 inci dengan menggunakan sensor Sony IMX800.
Dari segi spesifikasi dalaman, barisan telefon ini bakal menggunakan cip pemproses 5nm iaitu Kirin 9000.
Walau bagaimanapun, dengan spesifikasi baik serta sistem operasi baharu, adakah ia masih mampu menarik minat pengguna pada masa hadapan?
Sumber: gsmarena, huawei central
Foto Utama: LetsGoDigital