Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redminote7_big_3 (1)

Redmi Note 7 Tiada Pensijilan IP Tetapi Dikatakan Mempunyai Ciri Kalis Air

Diterbitkan Januari 13, 2019 ยท Dikemas kini Januari 13, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dua hari lalu, siri Redmi yang kini sudah dipisahkan menjadi sub-jenama Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 7 dipasaran China dengan harga yang sangat kompetitif.

gsmarena_001 (4)

Ketika pelancaran yang dibuat, Redmi Note 7 tidak dinyatakan mempunyai kemampuan kalis air. Walaupun hadir tanpa sebarang pensijilan IP, CEO Xiaomi, Lei Jun mengesahkan kumpulan jurutera telah berusaha mereka bentuk pelindungan kalis air bagi port sambungan, slot kad SIM, bicu audio 3.5mm, butang serta dibahagian kamera.

Variasi paling tinggi Redmi Note 7 dijual sekitar pada harga 1399 yuan di China (~RM844), tetapi menurut Lei Jun, model ini menjalani ujian kualiti sama seperti model flagship Xiaomi yang lain. Tempoh waranti di negara tembok besar itu juga dipanjangkan daripada 12 bulan kepada 18 bulan.

Dengan penjelasan daripada Lei Jun, Redmi Note 7 dilihat mampu bertahan dari percikan atau terjatuh kedalam air, serta penggunaan dikawasan yang berdebu.

Peranti dengan dwi kamera utama 48MP dan 5MP ini diramal memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Februari.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY