Redmi Note 7 Kini Rasmi – Dilengkapi Dwi Kamera 48MP Dan 5MP

Reading Time: 1 minute

Cukup sudah khabar angin tentang Redmi 48MP, kini sub-jenama terbaru dibawah payung Xiaomi telah memperkenalkan Redmi Note 7.

Kelihatan mirip seperti Xiaomi Mi Play yang dilancarkan pada Disember tahun lalu, Redmi Note 7 tampil mempertaruhkan dwi kamera gabungan lensa 48MP (f/1.8) dan lensa 5MP untuk kebolehan kesan bokeh.

Dua lagi jenama yang mempunyai kamera belakang 48MP adalah Honor View 20 dan Huawei Nova 4. Kamera swafoto menggunakan sensor 13MP

Redmi Notr didatangkan dengan skrin paparan berukuran 6.3 inci bersama nisbah 19.5:9, Snapdragon 660, janaan kuasa dari bateri 4000mAh, port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 7 dijual di China pada harga berikut:

  • RAM 3GB+32GB – 999 yuan (~RM603)
  • RAM 4GB+64GB – 1199 yuan (~RM723)
  • RAM 6GB+64GB – 1399 yuan (~RM844)