Membuat kemunculan awal dipasaran China dan India, Redmi Note 7 hadir dengan skrin paparan 6.3 inci, dikuasakan oleh cip Snapdragon 660, dan dijana dari bateri berkapasiti 4000mAh.
Bagi tetapan kamera, ia diletakkan dengan dwi kamera gabungan sensor 48MP (Samsung GM1) beserta sensor 5MP. Rakaman foto bahagian hadapan menampilkan lensa 13MP.
Peranti ini dijual pada harga RM679 (RAM 3GB/32GB), RM799 (RAM 4GB/64GB) dan RM 949 (RAM 4GB/128GB). Peranti ini akan mula dijual pada 27 Mac ini dan ia akan disertakan dengan jaminan selama 18 bulan.
Turut sama diperkenalkan adalah Redmi 7 yang datang dengan skrin paparan 6.26 inci HD+, Snapdragon 632,dwi kamera belakang gabungan lensa 12MP+2MP, dan kamera hadapan 8MP.
Menawarkan dua pilihan memori iaitu RAM 2GB/16GB dan RAM 3GB/32GB yang mana masing-masing didagangkan pada harga RM 499 dan RM599. Tarikh jualan juga bermula pada 27 Mac 2019.
Berkaitan
- Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong
- Kamera Huawei Mate 10 Pro Lebih Padu Berbanding iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
- Paten Baru Xiaomi Perlihatkan Kamera Terangkat Dengan 7 Sensor
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- Redmi Dots - Sama Seperti Xiaomi AirDots Tetapi Pada Harga Yang Lebih Rendah
- Celcom Tawar Prabayar Tanpa Had, Mingguan RM12 Dan Bulanan RM35
- Xiaomi Mi Mix Alpha Dilancarkan, Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera 108MP
- Samsung Galaxy J2 (2018) Sudah Mula Dipaparkan Pada Laman Web Rasmi Samsung
- Ukur Bau Nafas Anda Dengan Mint
- Redmi Y3 Kini Rasmi Diumumkan, Mempunyai Kamera Hadapan 32MP, Snapdragon 632 Dan Bateri 4000mAh