Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 5 Tertiris, Dilengkapi Dengan Dwi Kamera Dan Snapdragon 660

Redmi Note 5 Tertiris, Dilengkapi Dengan Dwi Kamera Dan Snapdragon 660

Diterbitkan September 26, 2017 · Dikemas kini September 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Setelah menempa kejayaan dengan Redmi Note 3 dan Redmi Note 4, Xiaomi dikatakan sedang bersiap sedia menambah satu lagi model kedalam siri tersebut.

Baru-baru ini, satu imej telah tertiris dan dipercayai ia merupakan maklumat ringkas Redmi Note 5 yang mana ia membayangkan satu model yang dinaik taraf daripada Redmi Note 4.

Redmi Note 5 Tertiris, Dilengkapi Dengan Dwi Kamera Dan Snapdragon 660

Rata-rata telefon pintar yang dilancarkan pada tahun ini memiliki sistem dwi kamera, dan berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Gadget To Use, Redmi Note 5 bakal dilengkapi fungsi tersebut.

Lensa 16 MP digandingkan dengan lensa 5MP, dan jika ini benar-benar berlaku, ia merupakan telefon pertama dalam siri Redmi Note yang membawakan fungsi dwi kamera. Untuk kamera selfie pula, lensa 12MP mungkin akan digunakan, lebih besar berbanding edisi sebelumnya.

Dibahagian pemprosesan, cip Snapdragon 660 8-teras dijangka menguasakan peranti ini tetapi khabar angin sebelum ini menyatakan, Xiaomi mungkin menggunakan cip Snapdragon 630 pada Redmi Note 5.

Beberapa spesifikasi lain yang mungkin hadir adalah…

  • Skrin paparan 5.5 inci HD Penuh
  • Pengimbas cap jari
  • Bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas
  • Sokongan dwi kad sim

Ura-ura mengatakan ia akan ditawark dengan dua variasi pilihan…

  1. RAM 3GB / ROM 32GB – 999 Yuan(~RM633)
  2. RAM 4GB / ROM 64GB – 1299 Yuan (~RM 823)

Apa-apa pun kita perlu tunggu pengumuman rasmi dari Xiaomi terlebih dahulu.

Sumber: Gadget To Use

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY